comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kerjasama Malaysia – Singapura menambah baik aliran rentas sempadan

 

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawat dari Singapura, Lee Hsien Loong menyaksikan memorandum persefahaman bersama (MOU) kerjasama bagi membangunkan Zon ekonomi khas (JS-SEZ) Malaysia dan Singapura.

Menandatangani bagi pihak Malaysia, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura, Gan Kim Yong.

MOU berkenaan antara lain akan menawarkan pengaturan cukai khas, gudang berbon dan langkah lain untuk menyokong kelancaran aliran barangan merentasi sempadan, serta pergerakan orang yang bekerja di kedua-dua pihak.

Projek kerjasama itu akan dibina dalam kawasan koridor pembangunan selatan, Iskandar Malaysia.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan JS-SEZ akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara untuk menambah baik aliran rentas sempadan bagi barangan, pelaburan dan orang.

Manakala Menteri Perdangan dan Perusahaan Singapura, Gan Kim Yong pulak yakin kerjasama akan meningkatkan kerjasama khususnya dalam menjana pembangunan ekonomi antara kedua Megara.

Singapura dan Malaysia adalah rakan perdagangan kedua terbesar dengan aliran dua hala mencecah S$153 bilion, tahun 2022.

Singapura juga adalah salah satu sumber utama pelaburan langsung asing Malaysia yang menyumbang 20.5% daripada jumlah pelaburan langsung pada tahun 2022.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini