Tumpuan :
Nasional

Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu diperkukuh demi rakyat – PM

Foto: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Kerjasama padu antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu terus dipertingkatkan dan diperhebatkan lagi demi kebajikan rakyat yang perlu sentiasa diutamakan.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pertemuan berasingan dengan Menteri Besar Perlis, Kedah dan Pahang dan Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini.

“Saya titipkan pesanan, pastinya segala perancangan jangka pendek dan panjang, perlu mengambilkira kepentingan rakyat yang dahagakan pembangunan tanpa melupakan prinsip manusiawi dan menuntut pentadbiran yang menjaga rakyatnya, yang menguatkuasakan undang-undang secara adil, dan yang beroperasi dengan telus,” katanya menerusi laman sosial Facebook.

Beliau turut menerima warkah persilaan dari Menteri Besar Perlis sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang dijadual berlangsung pada 17 April depan.

Loading...
Terkini