Tumpuan :
Nasional

Kerja baik pulih mendapan tanah di Jalan Menara 1 dijangka siap esok

FOTO: DBKL

KUALA LUMPUR: Kawasan di Jalan Menara 1, di sini, yang berlaku mendapan tanah ditutup sementara bagi kerja pemulihan yang dijangka siap esok.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kesan mendapan itu melalui media sosial laman X kelmarin dan terus ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

Beliau berkata, bertindak atas laporan itu, pasukan petugas DBKL membuat lawatan ke lokasi pada hari yang sama untuk menjalankan pemeriksaan awal.

“Hasil pemeriksaan mendapati mendapan berlaku sekitar kedalaman 0.6 meter akibat paip pembetung (culvert) yang pecah.

“Kejadian ini dipercayai berpunca daripada usia pembentung yang melebihi 35 tahun, ditambah dengan tekanan tanah akibat hujan berterusan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut DBKL, sebagai langkah keselamatan segera, kawasan terbabit ditutup sementara dan ditanda bagi mengelakkan sebarang risiko kepada pengguna jalan raya.

“Kerja-kerja baik pulih dilaksanakan serta-merta, termasuk penggalian dan penggantian pembetung baharu yang lebih tahan lama.

“Tanah di kawasan mendapan juga distabilkan dengan lapisan bahan khusus untuk mengelakkan kejadian berulang dan dijangka siap esok bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini