KUALA LUMPUR: Pelakon Roy Azman dan keluarga berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki tiba-tiba terbakar sehingga rentung, semalam.
Berkongsi kejadian mengerikan itu menerusi hantaran di Instagram (IG), pemilik nama lengkap Zairosminan Abdul Rahman, 53, meluahkan rasa syukur kerana dia bersama isteri dan anak bongsu sempat menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku di tengah lebuh raya itu.
Pelakon Roy Azman dan keluarga berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki tiba-tiba terbakar sehingga rentung, semalam. pic.twitter.com/wQoKsoF108
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) December 4, 2023
“Salam semua. Alhamdulillah saya, isteri dan anak bongsu sempat lari keluar kereta. Syukur,” tulisnya.
Melalui hantaran sama, pelakon filem magiK itu turut memuat naik video keretanya sedang terbakar dan keadaan kenderaannya itu selepas kejadian.
Bagaimanapun, Roy tidak menyertakan butiran terperinci kejadian. Sebaliknya hanya mengucapkan terima kasih kepada individu yang menemaninya membuat laporan polis.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti merakamkan rasa syukur san mendoakan Roy serta keluarga dilindungi daripada segala musibah.