Tumpuan :
Nasional

Kereta terbakar dipercayai langgar bateri di Jambatan Kedua Pulau Pinang

Oleh: Selwam Arjunan

BAYAN LEPAS: Sebuah kereta terbakar selepas melanggar bateri di berada atas jalan raya di Jambatan Kedua Pulau Pinang, di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.18 petang.

Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Lepas tiba di lokasi kejadian di Kilometer 18 jambatan, menghala ke bahagian pulau dari Seberang Perai.

FOTO: JBPM

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes C200 dengan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran sebanyak 80 peratus.

“Kebakaran telah dapat dipadamkan, kerja-kerja ‘overhaul’ selesai dan diserahkan kepada pihak penyiasat kebakaran untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, ACP Sazalee Adam berkata, kereta terbabit dipercayai melanggar bateri sebelum terbakar.

FOTO: JBPM

“Kebakaran tersebut disyaki berpunca daripada langgar bateri yang berada tengah jalan dan kebakaran dipadam pihak bomba.

“Mengenai bateri yang dilanggar, Jabatan Trafik sedang mengumpul maklumat dan akan dikemas kini sejurus siasatan selesai,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini