comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kereta terbabas ke dalam sungai, lelaki ditemui lemas

Oleh: Selwam Arjunan

POKOK SENA: Seorang lelaki ditemui lemas selepas kereta dinaikinya terbabas ke dalam sungai dekat Kampung Baru Telaga Mas, di sini, pagi tadi.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi.

Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Pokok Sena tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

Pemeriksaan mendapati sebuah kereta terjunam ke dalam sungai dan terdapat mangsa dalam kenderaan.

Pihaknya segera menggerakkan operasi pencarian membabitkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan jentera khas untuk menarik kereta berkenaan dari sungai.

“Mangsa berada di tempat pemandu dan tidak hanyut keluar dari kenderaan.

“Ia memudahkan tugas pasukan pencarian dan mangsa telah berjaya dijumpai, telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi mangsa wanita yang menaiki motosikal berhampiran kereta terbabit ketika kejadian dilaporkan terjatuh dan pengsan.

Mangsa bagaimanapun dibantu oleh orang awam dan disahkan selamat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini