comscore
Tumpuan :
Nasional

Kereta rosak dihempap tiang lampu tumbang

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta rosak dihempap tiang lampu yang tumbang berhampiran sebuah hotel dekat Jalan Sultan Ismail di sini, malam ini.

Kejadian 7.50 malam itu berlaku susulan hujan lebat dan ribut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan kejadian dan menghantar sebuah jentera bersama pasukan ke lokasi.

“Satu tiang lampu tumbang menghempap sebuah kereta jenis Honda City.

“Bagaimanapun, kejadian tidak membabitkan mangsa,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, pasukan sedang menjalankan operasi di lokasi dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini