TAWAU: Sebuah kereta merempuh cermin kaca sebuah premis di Lorong Bintang, Batu 3 Jalan Apas, selepas pemandunya terlupa menukar gear kepada mod ‘P’ dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.30 pagi tadi.
Kereta yang dipandu seorang wanita berusia 62 tahun bersama seorang penumpang itu diletakkan di petak parkir hadapan premis berkenaan tanpa mematikan enjin.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata siasatan awal mendapati pemandu tidak menukar gear kepada mod ‘Parking’ sebelum turun dari kenderaan.
“Akibatnya motokar bergerak ke hadapan dan merempuh cermin premis terbabit. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
Kejadian berkenaan turut tular di media sosial hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.