comscore
Tumpuan :
Nasional

Kereta rempuh lori : Seorang lagi meninggal dunia, mangsa kemalangan maut meningkat kepada 5 orang

Suasana di perkarangan rumah mayat Hospital Kampar susulan kemalangan meragut nyawa lima beranak awal pagi ini. – FOTO NSTP

KAMPAR : Seorang lagi mangsa kemalangan di KM 310.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, dekat sini, awal pagi tadi
meninggal dunia, menjadikan angka kematian meningkat kepada lima orang.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud, berkata Muhammad Fawwaz Nasaruddin, 7 yang cedera parah dan dirawat di Hospital Tapah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi.

Empat lagi mangsa yang maut dalam nahas itu adalah Azriyani Abdul Latif, 45; dan tiga anaknya, Muhammad Azib Nasaruddin, 23; Siti Nur Aminah Nasaruddin, 8; dan Ahmad Uwais Al Qorni Nasaruddin, 5, yang semuanya meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mohamad Nazri berkata, siasatan awal mendapati nahas kira-kira jam 2.27 pagi tadi membabitkan kereta PROTON Saga dinaiki lima beranak itu yang dipandu Muhammad Azib yang datang dari arah utara, melanggar bahagian belakang lori di lorong kiri.

Nur Haniza Abdul Hamid – FOTO NSTP

Sementara itu, sepupu kepada Azriyani, Nur Haniza Abdul Hamid, 36, ketika ditemui media di Jabatan Forensik Hospital Kampar, di sini, berkata, lima beranak itu dalam perjalanan dari kediaman mereka di Kuala Kangsar menuju Tapah Road, Tapah untuk menjaga ibu Azriyani.

“Bapa kepada Azriyani dimasukkan ke wad Hospital Tapah, jadi Azriyani pulang ke kampung bersama anaknya untuk menemani ibunya di rumah dan memang kebiasaannya Azriyani bersama adik-beradiknya yang lain bergilir menjaga ibu bapanya di kampung,” katanya.

Loading...
Terkini