Tumpuan :
Nasional

Kereta rempuh kafe: Wanita warga emas cedera

Kereta dipandu wanita warga emas terbabas dan merempuh kedai di Jalan Padungan, Kuching, hari ini. Foto: JBPM

KUCHING: Seorang wanita warga emas cedera selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar bangunan kedai di Jalan Padungan, di sini, pagi tadi.

Mangsa Kong Nguk Ying, 80, dikeluarkan orang ramai sebelum ketibaan anggota bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.50 pagi.

Beliau berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi didapati berlaku kemalangan kendiri apabila kereta Proton X50 melanggar bangunan kedai iaitu sebuah kafe bistro.

“Mangsa iaitu seorang wanita warga emas berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam dan anggota bomba membuat pemeriksaan dan rawatan awal kepada mangsa yang hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke sebuah hospital swasta oleh ahli keluarganya untuk pemeriksaan lanjut.

Difahamkan ketika kejadian kedai berkenaan belum beroperasi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini