comscore
Tumpuan :
Nasional

Kereta langgar gajah

SETIU: Seorang pemandu terselamat selepas kereta dipandunya merempuh seekor gajah di Kilometer 45, Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 10 malam ketika mangsa yang memandu Porsche Cayenne dan dalam perjalanan dari Rhu 10 menghala ke Lembah Bidong.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Affandi Hussin berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, seekor gajah berada di atas jalan, menyebabkan lelaki berusia 42 tahun tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan berkenaan.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala gajah yang dilanggar cedera di bahagian kaki dan jatuh di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, beberapa minit selepas kemalangan berlaku, gajah itu bangun dan lari ke hutan berhampiran,” katanya.

Affandi berkata, siasatan awal mendapati gajah itu dilihat berkeliaran di kawasan berkenaan kira-kira jam 6.30 petang semalam dan Pejabat Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) Besut sudah dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

Katanya, hanya seekor gajah terbabit dalam kejadian ini dan Pejabat Perhilitan Besut masih meneruskan usaha mengesan haiwan itu yang dipercayai menuju ke Bukit Putera, Setiu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini