Oleh: Kumaran Rajamoney
SUNGAI PETANI: Sebuah kereta mewah terbakar di Jalan Laguna, Kampung Pulau Tiga, dekat sini sekitar jam 12.15 tengah hari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya, Penolong Penguasa Bomba, Azahari Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 12.24 tengah hari.
“Ketika anggota kami tiba di lokasi, kenderaan itu sudah terbakar hampir 80 peratus. Maklumat dari lokasi mengesahkan tiada mangsa terperangkap di dalam kenderaan itu.”
“Api telah berjaya dipadamkan Pasukan Bomba Sukarela Semeling menggunakan 2 aliran 2 pancutan. Kebakaran kemudian dipastikan dipadam sepenuhnya dan operasi tamat sekitar jam 1.04 petang,” katanya.
Ini merupakan kejadian kedua kereta mewah terbakar dalam minggu ini di negeri Kedah melibatkan jenama mewah.
Semalam, sebuah kereta terbakar di bahu Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat Gurun.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.