Tumpuan :
Nasional

Kereta jatuh gaung, pelajar perempuan maut

Kereta yang dipandu pelajar perempuan berusia 19 tahun terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam tujuh meter. – FOTO IHSAN BOMBA


KOTA TINGGI: Seorang pelajar perempuan maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam lebih tujuh meter di Kilometer 32 Jalan Lok Heng- Mawai di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kemalangan membabitkan kereta Proton Saga itu lebih kurang jam 6.50 petang.

“Kenderaan dipandu mangsa berusia 19 tahun yang juga pelajar itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh ke dalam gaung berhampiran.

“Mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Loading...
Terkini