Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kereta dipandu wanita warga emas rempuh dinding cermin pasar mini

Kereta yang terlanggar dinding cermin sebuah pasar mini di stesen minyak Jalan Cindai Jaya selepas pemandunya tertekan pedal minyak. – FOTO: PDRM

SUNGAI PETANI: Gara-gara tertekan pedal minyak, kereta dipandu seorang wanita warga emas yang baru selesai mengisi petrol melanggar sebuah motosikal skuter Honda Vario, sebelum merempuh dinding cermin pasar mini di sebuah stesen minyak, di sini, semalam.

Bagaimanapun, wanita berusia 83 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku pada jam 10.03 pagi membabitkan sebuah kereta dan skuter di kawasan parkir sebuah pasar mini, di sini.

@buletintv3 Gara-gara tertekan pedal minyak, kereta dipandu seorang wanita warga emas yang baru selesai mengisi petrol melanggar sebuah motosikal skuter Honda Vario, sebelum merempuh dinding cermin pasar mini di sebuah stesen minyak, di Sungai Petani, semalam. #BuletinTV3 #tular #SungaiPetani #rempuhcermin ♬ original sound – BuletinTV3

Menurutnya, ketika itu wanita berkenaan yang memandu Perodua Myvi baru selesai mengisi petrol di stesen minyak terbabit, manakala skuter pula ditinggalkan tanpa penunggang.

“Hasil siasatan awal mendapati sebaik warga emas itu hendak memulakan perjalanan, dia tertekan pedal minyak secara tidak sengaja sehingga terlanggar bahagian belakang skuter yang diletakkan di kawasan parkir.

“Berikutan itu, kereta dan skuter terus meluncur ke hadapan dan memecahkan dinding cermin pasar mini berkenaan, namun pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kemalangan itu dikesan tular di Facebook dan siasatan dibuat mengikut Kaedah 10 LN 166/59.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini