Tumpuan :
Nasional

Kereta bertembung dengan lori treler: 8 termasuk 2 kanak-kanak cedera

FOTO: JBPM

MERSING: Lapan termasuk dua kanak-kanak cedera apabila sebuah kereta Toyota bertembung dengan sebuah lori treler jenis Volvo, di Jalan Felda Nitar Satu, dekat sini, petang tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 3 petang tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, sebaik menerima panggilan, sepasukan 13 anggota Bomba dari balai Bomba Mersing bergegas ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Shamsuri Shafai.

FOTO: JBPM

“Sebaik tiba dilokasi pasukan penyelamat mendapati pemandu kereta Toyota tersepit ditempat duduk pemandu dan terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

“Tujuh lagi penumpang dipercayai dari satu keluarga cedera termasuk dua orang kanak-kanak lelaki masing-masing berumur 6 tahun dan 3 tahun.

FOTO: JBPM

“Mangsa yang cedera dikenali sebagai Rosli Abdah, 37 tahun iaitu pemandu kereta dan penumpang hadapan, Nur Bazilah Ahmad, 36, selain Muhamad Iqbal, 15, Mohamad Irfan, 13, Nurul Aliyea shuhada Abdullah, 16, dan Nur Ain Syakirah Roslee, 10 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

FOTO: JBPM

Tambahnya, pemandu lori dikenali sebagai Kajenthiran a/l Tamilselvam, 36 tidak megalami sebarang kecederaan.

Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini