comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kerakusan kuasa besar menyebabkan peranan PBB diketepikan

 

NEW YORK: Kerakusan kuasa-kuasa besar dan mereka yang bercita-cita untuk mendapatkan status yang lebih tinggi menyebabkan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diketepikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-78 di New York sebentar tadi berkata masyarakat kini berada dalam dunia yang sangat terpolarisasi.

FOTO: Perdana Menteri menyampaikan Kenyataan Negara di UNGA ke-78

“Kita melihat persaingan kuasa besar berlaku dengan akibat yang akan memberi kesan negatif kepada negara, terutamanya yang lebih kecil dan di kawasan konflik” kata Anwar.

Beliau berkata keadaan itu menyebabkan dunia berhadapan dengan dilema geopolitik dan geostrategik.

“Walaupun kuasa besar terus memberi jaminan bahawa pilihan sentiasa ada, realiti bagi kebanyakan orang ialah ia adalah satu-satunya pilihan yang ditawarkan”

“Tanpa dikawal, ini akhirnya akan membawa sekali lagi ke dunia di mana orang ramai tidak diwakili, di mana segelintir orang memerintah yang ramai, dan ramai yang membenci segelintir”

Anwar berkata harapan dan prinsip tinggi yang termaktub dalam Piagam PBB ialah menyeru negara-negara untuk menyelesaikan pertikaian mereka melalui cara yang aman, dan menahan diri daripada ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap integriti wilayah dan kedaulatan atau kemerdekaan politik mana-mana negara.

| ARTIKEL BERKAITAN:

Loading...
Terkini