comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Kerajaan yakin capai pertumbuhan 5 peratus KDNK

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara tahun depan antara empat hingga lima peratus.

Sekalipun diakui Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada kadar 4.3 peratus, Perdana Menteri berkata Malaysia yakin untuk mencapai pertumbuhan menghampiri lima peratus dengan pembaharuan Ekonomi MADANI yang bakal dilaksanakan.

“Kutipan hasil kerajaan 2024 dijangka menyaksikan peningkatan daripada RM303.2 bilion tahun ini kepada RM307.6 bilion.

“Defisit fiskal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3 peratus ketimbang sasaran lima peratus tahun ini dan 5.6 peratus tahun 2022,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Belanjawan ini adalah yang kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini