Tumpuan :
Nasional

Kerajaan usaha bawa pulang Dr Nurul Ain Latif dari zon konflik

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Wisma Putra sedang menyelaras proses evakuasi bagi membawa pulang seorang doktor rakyat Malaysia yang kini berada di Semenanjung Gaza.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, tindakan membawa keluar Dr Nurul Ain Latif itu sedang dilakukan dengan kerjasama Kedutaan Filipina di sana.

“Keadaan mereka berada di tempat selamat dan kita juga sedang berusaha untuk melakukan proses evakuasi untuk Dr Nurul Ain ini. Sehingga kini kita dapat kerjasama daripada keduataan Filipina untuk keluarkan keluarga ini bersama 8 warga Indonesia yang berada di kawasan tersebut,” maklumnya di sidang Dewan Rakyat sebentar tadi.

Dr Nurul Ain Latif yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan berkahwin dengan warga Palestin.

Datuk Seri Zambry turut mengesahkan keberadaan lima rakyat Malaysia di kawasan konflik termasuk seorang ibu dengan tiga anak yang memegang pasport Malaysia.

Loading...
Terkini