comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan umum perang terhadap gula, naik kadar duti eksais minuman bergula

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan perang terhadap gula (war on sugar) dengan menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar yang dikenakan adalah 40 sen seliter sebagai usaha selepas Malaysia menjadi antara negara paling obesiti di rantau Asia Tenggara dan gula adalah salah satu musuh utama penyakit tidak berjangkit.

“Tambahan hasil yang diraih melalui duti eksais itu akan dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan kesihatan awam antaranya penambahan bekalan ubat SGLT-2 inhibators bagi kegunaan rawatan diabetes.

“Selain itu, penyediaan rawatan Dialisis Peritoneal untuk pesakit buah pinggang tahap akhir kepada lebih banyak pesakit selain Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang turut menambah baik pusat dialisis mereka,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan penubuhan Tabung Penyakit Jarang Jumpa bermula tahun hadapan.

“Peruntukan bagi menampung kos perubatan penyakit jarang jumpa ditingkatkan kepada RM25 juta manakala Skim Mysalam juga diperluas meliputi penyakit jarang jumpa dan Rheumatoid Arthritis.

“Sumbangan ke dalam Tabung Penyakit Jarang Jumpa juga layak mendapat potongan cukai bersamaan jumlah sumbangan sebenar,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini