Tumpuan :
Nasional

Kerajaan tubuh Jawatankuasa Khas tangani isu bekalan gula

KUALA TERENGGANU: Kerajaan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kabinet bagi merangka strategi dan pelan tindakan dalam menangani isu bekalan gula di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, selain KPDN, jawatankuasa itu turut dianggotai Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Oleh itu, kerajaan akan bersedia untuk memastikan ada pelan strategik dan juga kita dapat memastikan tidak berlakunya bekalan gula terganggu dan tidak berlaku krisis gula dalam tanah air kita dan jawatankuasa kabinet mengenai bekalan gula ini akan dapat untuk menyelesaikan isu ini secara tuntas.”

“KPDN tidak boleh bekerja sendirian dia memerlukan beberapa kementerian terlibat dan diperingkat pegawai kita telah bermula untuk adakan mesyuarat jawatankuasa khas ini dan saya yakin kebih banyak tadbir urus akan diadakan bagi dan ketidakcukupan bekalan gula tidak akan berlaku lagi,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Berhubung harga gula di pasaran, kerajaan akan memastikan bekalan gula mencukupi dan rakyat akan terus membayar dengan harga yang munasabah.

Untuk rekod, ketika krisis bekalan gula berlaku, KPDN dengan kerjasama dua syarikat pengeluar membuat penghantaran segera iaitu sebanyak 147,840 kilogram ke Terengganu dan 269,528 kilogram ke Kelantan.

Loading...
Terkini