comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan – PM

FOTO: NSTP

IPOH: Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tuduhan jelik pihak pembangkang yang memainkan isu tersebut disifatkan pemalsuan fakta dan boleh mencetuskan kebencian.

“Ini khayalan apa? Tidak ada, Datuk Seri Saarani (Saarani Mohamad) ada di Ipoh (di sini), KSN (Ketua Setiausaha Negara) ada di sini.

“Kita tidak pernah bincang untuk mengubah prinsip sama ada (berkaitan) bahasa atau Islam atau hak keistimewaan Melayu Bumiputera, atau kedudukan Raja-Raja. Tidak ada, tidak pernah sepanjang saya jadi Perdana Menteri, tidak pernah dibincang atau disuarakan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Dr Hazami Jahari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini