comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan tidak mahu negara mempunyai lambakan pekerja umum -TPM

Oleh: Syafiqah Damanhuri

KLUANG: Kerajaan menggalakkan lebih ramai anak muda untuk menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknologi dan Vokasional (TVET) bagi mengelakkan kewujudan lambakan pekerja umum.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ke arah negara maju, Malaysia memerlukan lebih ramai pekerja mahir.

“Kita tidak mahu Malaysia hanya dilambakkan dengan pekerja umum ataupun general worker. Kita mahu menjadi sebuah negara yang maju.

“Salah sebuah negeri yang telah menyambut pelaburan asing yang teramai dan juga pelaburan dalam negeri. Johor akan menjadi sebuah negeri yang maju.” Katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian di program Gegar Jejak Kerjaya MyFuture Jobs Bersama HAWA Malaysia di sini.

Tambahnya, lebih 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam program itu kepada penduduk Kluang dan Johor secara keseluruhannya.

Jelas Datuk Seri Ahmad Zahid, peluang pekerjaan kepada pekerja mahir lebih luas termasuk permintaan dari Singapura.

“Kita menghadapi persaingan tentang soal gaji minimum, di Singapura gaji minimum dia ialah SGD1,500.

“Gaji minimum kita RM1500 tetapi kita convert cuba kita tukar RM1,500 bersamaan dengan RM5,250. Tentu tentunya guna tenaga kita terutamanya daripada Johor akan pergi ke Singapura kerana tawaran gaji yang sama, nilai sebenarnya lebih tinggi.

“Inilah persaingan di mana pekerja mahir di sini bukan hanya sekadar diberikan gaji minimum tapi mesti diberikan gaji premium.”

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini