Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
KUALA LANGAT: Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang memainkan sentimen agama dan bangsa.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak pernah menggadaikan maruah bangsa dan agama dalam apa juga keadaan, namun tidak sesekali menafikan bahawa negara ini terdiri daripada pelbagai kaum.
“”Tidak akan luntur rasa kemelayuan kita dan tidak cair keimanan kita kalau kita menyantuni bangsa lain”
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Anugerah Belia 4B Malaysia di sini hari ini.
“Ini penting bagi menjamin keharmonian di negara kita kerana sunnatullah telah menetapkan Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk.
Tegasnya keharmonian di dalam negara penting bagi menjamin kestabilan untuk pembangunan negara.
“Untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih baik dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya,” katanya lagi.