Tumpuan :
Nasional

Kerajaan tidak arah AGC mohon ‘gag order’ Titah Adendum

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika sidang media khas selepas mesyuarat pasca kabinet di Putrajaya. FOTO: NSTP

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak mengarahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk memohon perintah larangan bersuara (gag order) bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan Titah Adendum.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Tidak dibincangkan (dalam Mesyuarat Kabinet).

“Kabinet tidak mengarahkan Jabatan Peguam Negara. Kami tidak mengarahkan AGC,” katanya pada sidang media mingguan pasca Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sebelum ini, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan dilaporkan berkata, pihak kerajaan akan memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi mengeluarkan perintah larangan bersuara berhubung Titah Adendum.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini