Tumpuan :
Nasional

Kerajaan terus pantau stesen pemancar telekomunikasi di lokasi gelombang kedua banjir

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Program Jelajah Peduli Ummah di ibu negara, hari ini.

Oleh: Vinsla Santiran

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus melakukan pemantauan terhadap prasaranna telekomunikasi yang berada di lokasi terdedah banjir.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata langkah itu sebagai persediaan menghadapi gelombong kedua banjir bagi tempoh dua minggu bermula hari ini dengan Pahang dan Johor antara negeri yang dijangka terjejas.

“Kita sudah bersedia sekiranya banjir bermula pada hari ini hingga 11 Disember ini.

“Hampir kesemua stesen pemancar telekomunikasi yang terjejas sebelum ini sudah dibaik pulih,” katanya selepas merasmikan Program Jelajah Peduli Ummah, di sini hari ini.

Sebelum ini, beliau berkata sebanyak 267 stesen pemancar telekomunikasi yang terjejas akibat banjir, telah kembali pulih dan beroperasi manakala 56 lagi belum beroperasi.

Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan gelombang kedua banjir dalam tempoh dua minggu bermula Ahad, dengan Pahang dan Johor antara negeri yang dijangka terjejas dengan bencana itu kali ini.

Katanya, sebanyak 323 stesen pemancar komunikasi terjejas akibat banjir di empat negeri dengan 264 stesen daripadanya di Kelantan, Terengganu (49), Pahang (9) dan satu stesen di Johor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini