Tumpuan :
Nasional

Kerajaan terima 16,884 permohonan SejaTi MADANI tahun ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Kerajaan menerima 16,884 permohonan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) sehingga 12 Disember lalu dan sebanyak 6,547 permohonan telah diluluskan melibatkan peruntukan sebanyak RM590 juta.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, Jawatankuasa Pemilihan dan Kelulusan (JPK) di peringkat negeri yang dianggotai oleh rakan strategik daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan telah meneliti dan mempertimbangkan sebanyak 8,923 permohonan.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 6,547 permohonan telah diluluskan melibatkan peruntukan berjumlah RM590 juta berbanding sasaran peruntukan RM1 bilion yang disediakan dalam Belanjawan 2024.

“Sarawak mencatatkan peruntukan tertinggi iaitu RM100 juta melibatkan 1,124 permohonan, diikuti Johor RM69.58 juta dengan 742 permohonan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Manolan Mohamad berhubung jumlah permohonan SejaTi MADANI melalui Dana Komuniti MADANI di Dewan Negara hari ini.

Antara negeri-negeri yang turut menerima peruntukan signifikan termasuk Perak, Terengganu dan Kelantan bagi pembangunan komuniti dan kesejahteraan rakyat.

Tambahnya, bagi masyarakat Orang Asli pula, sebanyak 111 permohonan telah diterima. Daripada jumlah itu, sebanyak 52 permohonan yang mematuhi syarat permohonan telah diluluskan melibatkan peruntukan berjumlah RM5.2 juta

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini