Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kerajaan setuju wujudkan institusi TVET khusus buat Orang Asli

Oleh : Amirulhakim Lokman

SELANGOR : Kerajaan bersetuju mewujudkan dan mengaktifkan dengan segera Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khusus buat masyarakat Orang Asli.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu selari dengan hasrat kementerian tersebut yang menyasarkan 100 peratus anak Orang Asli, dilatih untuk mendapat pekerjaan dalam pasaran kerja.

“Mulai tahun ini mana-mana anak Orang Asli yang dapat surat tawaran masuk ke universiti, JAKOA akan beri tunai sebanyak seribu ringgit kepada pelajar-pelajar orang asli.

“Pembiayaan untuk pelajaran kepada Orang Asli apabila masuk universiti, JAKOA akan belanjakan seluruh waktu pengajian kepada mahasiswa dan mahasiswi Orang Asli”  katanya dalam ucapan sempena menyempurnakan Karnival Kerjaya MADANI bersama Hawa Malaysia di Gombak, di sini.

Program turut dihadiri Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Datuk Seri Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menyasarkan 400 anak Orang Asli dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tahun ini, susulan kejayaan 300 Orang Asli diterima masuk ke universiti tahun lepas.

Tambah beliau, tambang kapal terbang untuk anak Orang Asli yang belajar di universiti sama ada di Sabah dan Sarawak, juga akan dibiayai (JAKOA).

Untuk rekod, 352 Orang Asli berjaya mendapatkan pekerjaan melalui penganjuran program temu duga khas di seluruh negara bermula 2022 sehingga Julai 2023.

Loading...
Terkini