comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan setuju luluskan belanja RM4 bilion sempurnakan KIGIP

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju meluluskan perbelanjaan RM4 bilion untuk Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), bagi memenuhi keperluan air di Pulau Pinang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kedah bersedia menawarkan bantuan, namun kapasitinya terbatas dan jumlah itu terlalu kecil.

“Kedah ada memaklumkan kesediaan membantu tetapi jumlahnya terlalu kecil iaitu 25 juta liter sehari (JLH).

“Tetapi keperluan (air) di Perak, utara Perak khususnya iaitu Kerian, Larut Matang, Selama Perak dan keperluan KIGIP untuk keperluan awal ini mencecah 300 juta liter sehari.

“Ini ikut perancangan, keupayaan Sungai Perak, sekiranya diberikan suntikan dana untuk mengurus sungai dengan lebih berkesan kapasitinya boleh memenuhi keperluan Pulau Pinang sebahagian besar (iaitu) 700 juta liter sehari,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, ekosistem itu juga harus diperkukuh dalam membantu memesatkan institusi pendidikan berhampirannya iaitu Universiti Sains Malaysia, Institusi TVET di Kedah, Pulau Pinang dan Perak serta Pusat Latihan GiatMARA.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini