comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan rancang pelbagai usaha dapatkan semula aset 1MDB

Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – FOTO: NSTP

Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merancang pelbagai usaha bagi mendapatkan semula aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk menjalankan kerjasama dengan bank pelaburan Goldman Sachs.

Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abd Ghani berkata, dari segi penangkapan membabitkan syarikat pelaburan negara itu, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Saya lebih menumpukan kepada pemulihan aset (aset recovery), manakala apa-apa yang melibatkan kes jenayah dan juga yang melibatkan penangkapan, semuanya akan dibuat oleh pihak berkuasa” katanya.

“Jadi insyaAllah, saya rasa lebih banyak yang kita sedang lalukan, khususnya dengan Goldman Sachs” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Wilayah Persekutuan di Kampung Bharu, Kuala Lumpur.

Ia selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membawa pulang seorang individu dipercayai sekutu ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low yang terbabit dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) pada 5 Mei lalu.

10 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk mengetuai pasukan petugas bagi menyelesaikan beberapa isu membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Loading...
Terkini