PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada usia 86 tahun, pagi tadi.
“Saya bagi pihak kerajaan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham,” kata Menteri Komunikasi, merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
“Kita doakan agar keluarga Tun Daim bersabar dalam menghadapi dugaan cukup besar ini, takziah,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas menghadiri Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Komunikasi 2024 di sini, hari ini.
Terdahulu, keluarga Allahyarham dalam kenyataan memaklumkan Daim meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 8.21 pagi tadi.
Daim memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali kedua pada 1999-2001. – BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.