Oleh Kumaran Rajamoney
ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan pembinaan Masjid Changlun, Kedah dengan tambahan peruntukan sebanyak RM3.07 juta menjadikan keseluruhan kos pembinaan berjumlah RM5.77 juta.
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri memaklumkan projek ini akan dilaksanakan dengan kadar segera sekali gus dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat untuk mengimarahkan masjid.
“Kerajaan Perpaduan prihatin dan komited dalam memastikan pembangunan yang seimbang di antara semua negeri di negara ini.
“Harus diulangi bahawa Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri demi kepentingan rakyat.”
Tambah beliau, menjadi komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menggalas tanggungjawab dengan meletakkan hak rakyat sebagai tunggak utama.