Oleh Khairul Rizuan Azizan
SHAH ALAM: Kerajaan akan memperluaskan pemberian kredit tunai (e-walet) kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi memastikan golongan berkenaan tidak tercicir daripada mendapatkan insentif khas kepada golongan belia.
“Betul, kita nak e-wallet ini dapat dimanfaatkan untuk semua mahasiswa,” katanya pada Majlis Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di UiTM Shah Alam, Selangor.
Sebelum ini, e-tunai RM200 hanya dikreditkan kepada belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun.
Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menjawab kegusaran para pelajar yang dibelenggu dengan tiket penerbangan yang mahal ketika musim perayaan.
Justeru pihaknya akan berbincangan dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
“Mungkin kita kena runding dengan syarikat penerbangan. Kalau ada rekod mungkin setahun sekali diberikan. Boleh, nanti saya bincang dengan MOT. Maknanya saya terima ini sebagai satu masalah, “ katanya.