Tumpuan :
Nasional

Kerajaan Pahang taja makan tengah hari calon SPM

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN: Kerajaan Pahang mengambil inisiatif menaja makan tengah hari semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kecuali yang tinggal di asrama bermula hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata inisiatif itu sebagai tanda sokongan kepada anak-anak Pahang yang sedang berjuang demi masa depan mereka.

“Saya turut dimaklumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek amat menghargai inisiatif ini dan turut menyampaikan ucapan terima kasih serta salam kepada kita semua di negeri Pahang.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM tahun 2024 yang akan menduduki ujian bertulis bermula hari ini hingga 6 Februari 2025.

“Semoga anak-anak semua diberi ketenangan, kekuatan, dan kebijaksanaan sepanjang menghadapi peperiksaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Wan Rosdy mendoakan semoga semua calon SPM dapat menduduki peperiksaan dengan tenang serta diberi kesihatan yang baik.

“Usaha dan doa adalah kunci kejayaan anak-anak semua,” kata Wan Rosdy.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini