| Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin
PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum (PRU) peringkat Parlimen.
Bagaimanapun, ia dikecualikan bagi Kerajaan Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor yang sudah melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing.
“Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos,” katanya dalam perutusan khas hari ini.
Sebelum ini, tiga Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan PAS memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.
Kerajaan Negeri itu adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.