Tumpuan :
Nasional

Kerajaan memperuntukkan RM1.686 bilion untuk pelaksanaan RMR sejak 2020

Dalam tempoh 2020 sehingga kini, kerajaan telah memperuntukkan geran kepada SPNB sebanyak RM1.686 billion dengan kebolehlaksanaan RMR sebanyak 20,328 unit di seluruh negara.

Oleh: Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan geran bernilai RM1.686 bilion untuk pelaksanaan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, sejak 2020 hingga kini, peruntukan itu digunakan untuk pembinaan 20,328 unit rumah di seluruh negara.

“Bagi penyediaan RMR di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dalam tempoh 2020 sehingga kini, kerajaan telah memperuntukkan geran kepada SPNB sebanyak RM1.686 billion dengan kebolehlaksanaan RMR sebanyak 20,328 unit di seluruh negara.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu di Dewan Rakyat

“Semua permohonan yang telah diluluskan tersebut telah pun dilaksanakan di mana sejumlah 19,417 unit RMR telah siap dibina, 693 unit sedang dalam pembinaan dan 218 unit telah diluluskan untuk pembinaan di seluruh negara.” Katanya di Dewan Rakyat menjawab soalan Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju.

Tambahnya, daripada jumlah peruntukan geran yang diterima tersebut, sebanyak 1,329 unit dilaksana atau 6.5% adalah khusus di Sarawak.

“Sebanyak 1,220 unit RMR telah siap dibina dan diserah milik, manakala 109 unit sedang dalam pembinaan. Pecahan status projek RMR bagi 24 daripada 31 Parlimen di Sarawak. Ujarnya.

Untuk rekod, Program Rumah Mesra Rakyat merupakan program perumahan Kerajaan yang dilaksanakan di bawah KPKT melalui SPNB bagi memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah (B40) dengan pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 ke bawah.

Program ini membantu rakyat membina rumah di atas tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga yang diberi kebenaran berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini