comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan MADANI akan terus bekerja, rangka lebih banyak inisiatif untuk rakyat – PM Anwar

FOTO: Ihsan Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai anjakan dan reformasi untuk membela kebajikan rakyat serta melonjakkan negara ke tahap tertinggi sepanjang tempoh dua tahun mentadbir negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus bekerja dan merangka lebih banyak inisiatif serta dasar yang memihak kepada rakyat.

“Alhamdulillah, semalam genap dua tahun Kerajaan MADANI mentadbir negara.

FOTO: Ihsan Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Facebook

Namun, perjalanan kita masih jauh untuk benar-benar merealisasikan visi MADANI. Justeru, kerajaan ini akan terus bekerja dan merangka lebih banyak inisiatif serta dasar yang memihak rakyat terbanyak, insya-Allah,” katanya dalam hantaran melalui Facebook, hari ini.

Dalam hantaran itu, Anwar turut memuat naik infografik beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI dalam usaha mengangkat martabat rakyat dan negara.

FOTO: Ihsan Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Facebook

Antara inisiatif terbabit ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memanfaatkan sembilan juta penerima B40, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8.4 juta penerima untuk membeli keperluan asas di 600 kedai runcit dan pasar raya, serta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kepada 4,615 peserta golongan B40, miskin dan miskin tegar sehingga berjaya menambah pendapatan mereka. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini