comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan komited kembangkan potensi usahawan muda

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2024 di ibu negara, hari ini.

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk memberi peluang kepada usahawan muda dalam mengembangkan potensi golongan itu ke peringkat lebih tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, budaya keusahawanan mampu mendorong kepada pertumbuhan dan mengukuhkan ekonomi negara.

“Kita menekankan pentingnya mewujudkan ekosistem yang berkembang yang bukan sahaja memajukan kejayaan individu tetapi juga menyumbang kepada pembinaan ekonomi yang berdaya tahan dan makmur untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2024 di sini hari ini.

Tambahnya, kerajaan sentiasa melihat usahawan muda sebagai peneraju masa depan negara.

“Bersama-sama, kita boleh mewujudkan persekitaran yang menyokong kerjasama, inovasi seterusnya memberi semangat kepada setiap daripada anda untuk memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara kita.

“Pencapaian anda mewakili masa depan yang lebih cerah untuk negara kita, menginspirasikan kita semua untuk berganding bahu dalam mencipta Malaysia yang maju melalui inovasi dan peluang,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini