Tumpuan :
Nasional

Kerajaan komited capai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 – PM

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal komited mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dengan memberi tumpuan kepada penyahkarbonan sektor tenaga, yang menjadi antara penyumbang utama pelepasan karbon negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bilangan 1 Tahun 2025, yang dipengerusikannya petang tadi.

Dalam kenyataan di Facebook, Anwar menegaskan keperluan menangani peningkatan permintaan tenaga dengan langkah strategik bagi memastikan keterjaminan bekalan.

“Usaha ini penting bagi memastikan peningkatan keperluan tenaga tidak menjejaskan kemasukan pelaburan baharu serta mengekalkan komitmen pelaburan sedia ada,” katanya.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

Dalam konteks hala tuju tenaga di peringkat ASEAN, beliau turut menekankan kepentingan infrastruktur elektrik yang cekap, boleh dipercayai, dan berdaya tahan dalam merangsang pertumbuhan ekonomi serantau.

Sebagai langkah ke hadapan, Malaysia akan mempercepatkan persiapan berkaitan ASEAN Power Grid, sejajar dengan persefahaman kesalinghubungan penyambungan elektrik yang telah dicapai oleh negara-negara anggota sebelum ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini