Tumpuan :
Nasional

Kerajaan kenal pasti 6 isu tatakelola dalam GLC, GLIC

Perdana Menteri ketika berucap di majlis peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan, di Putrajaya hari ini.

Oleh: Afrina Romzi

PUTRAJAYA: Kerajaan telah mengenal pasti enam isu tatakelola dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk kelemahan pemantauan terhadap pembentangan dan laporan pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) serta pelan strategik syarikat.

“Kegagalan ketua pegawai eksekutif memainkan peranan dalam mengurus, menyelia dan mengawasi operasi perniagaan bagi mencapai matlamat atau objektif penubuhan syarikat induk termasuk anak-anak syarikat tersebut,” katanya ketika berucap di majlis peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan, hari ini.

Turut dikenal pasti, kerugian berpanjangan dan berturut-turut, sama ada di peringkat syarikat induk atau anak syarikat.

“Keuntungan syarikat juga tidak diagihkan kepada kerajaan sebagai pulangan kepada kerajaan dan Ahli Jawatankuasa Pelaburan dan Ahli Jawatankuasa Audit yang dilantik tidak dapat memberikan pandangan dan nasihat kepada Ahli Lembaga Pengarah atau Pengurusan Tertinggi syarikat,” tambah beliau.

Selain itu, keputusan syarikat yang penting seperti pembayaran gaji dan perkhidmatan tidak dibawa untuk kelulusan dan makluman Ahli Lembaga Pengarah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini