comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan Kedah juga perlu tanggungjawab bantu mangsa banjir hilang tempat tinggal

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media Amanat Tahun Baharu 2023 di Putrajaya. Turut kelihatan Timbalannya, Datuk Rubiah Wang dan Ketua Setiausaha Usaha KDDW, Datuk Ramlan Harun. – FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Kerajaan Kedah perlu memikul tanggungjawab membantu penduduk terjejas dan hilang tempat tinggal dalam banjir serta kepala air di Baling pada 4 Julai lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata biarpun penyediaan perumahan itu peruntukan Kerajaan Persekutuan, tetapi kerajaan negeri juga wajar bertanggungjawab membantu rakyat selepas berjaya meraih keputusan 100 peratus kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU-15) pada November lalu.

“Jadi mereka harus menterjemahkan sokongan rakyat dengan memberi bantuan rakyat 100 peratus tanpa adanya sebarang usaha lain.

“Saya yakin Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) mampu melakukannya, sebagaimana mampu bercakap dalam pentas politik,” katanya pada sidang media Majlis Amanat Tahun Baharu 2023, di kementeriannya, di sini, hari ini.

Beliau mengulas keluhan penduduk di Kedah yang terkesan akibat bencana itu masih belum mendapat rumah yang dijanjikan kerajaan sebelum ini.

Loading...
Terkini