Tumpuan :
Nasional

Kerajaan Johor yakin dapat tangani 90 titik panas bencana banjir 

Kejadian banjir di sekitar Kluang pada 6 Oktober lalu.

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 90 peratus daripada 102 kawasan titik panas yang dikesan menjadi punca bencana banjir di Johor akan dapat ditangani, menjelang tahun depan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM170 juta khusus untuk melaksanakan pelbagai projek bagi menangani bencana banjir yang dibahagikan kepada tiga fasa sejak tahun lalu.

Katanya, tahun lalu sebanyak RM50 juta telah digunakan bagi melaksanakan projek mengatasi banjir.

“Kira-kira RM50 juta lagi akan dibelanjakan untuk tahun ini dan baki RM 70 juta akan digunakan untuk tahun depan bagi tujuan yang sama,” katanya ketika merasmikan Karnival UDA 2024 di  Angsana Mall Johor.

Kejadian banjir di sekitar Kluang pada 6 Oktober lalu.

Tegasnya, semua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini telah mengenal pasti 120 titik panas kawasan berlakunya bencana banjir.

Sejak Januari lalu katanya, Kerajaan Negeri telah berjaya menangani 60 peratus daripadanya.

“Tahun depan, Kerajaan Negeri bercadang untuk menangani 20 peratus lagi, dengan baki 10 peratus dibawa ke tahun depan,” katanya.

Datuk Mohd Jafni menambah, Kerajaan Negeri menyasarkan untuk menyelesaikan masalah banjir dan perkara itu menjadi fokus utama mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana negeri Khamis lalu.

Justeru Kerajaan Negeri telah membuat persiapan lebih awal selepas bencana banjir melanda daerah Kluang, Batu Pahat dan Pontian pada 6 Oktober lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini