Tumpuan :
Nasional

Kerajaan guna pendekatan sederhana basmi rokok -PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan memilih pendekatan sederhana bagi mengawal selia semua produk merokok, termasuk bahan mengandungi nikotin sebagai langkah terbaik  untuk dilaksanakan ketika ini .

Perdana Menteri berkata, tindakan drastik termasuk gesaan supaya mengharamkan kesemua produk merokok tidak mampu mengawal masyarakat daripada meneruskan tabiat itu.

“Kita ambil tindakan memberi kesedaran, tetapi mengambil tindakan mengharamkan nikotin, vape, rokok, itu agak drastik dan tak mampu dilakukan mana-mana negara dunia.

“Orang (masih) pilih untuk merokok walaupun kita keluarkan kempen, sama seperti arak. Jadi sementara kita kempen mengenai kesan negatif (rokok), tetapi kita teruskan percukaian.

“Ini sekadar untuk tidak menjadikan bahan itu tersebar luas dan murah,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) implikasi daripada tindakan kerajaan menyahsenaraikan produk cecair dan gel nikotin yang digunakan dalam alat rokok elektronik daripada Akta Racun 1952 .

Loading...
Terkini