Tumpuan :
Nasional

Kerajaan dicadang tubuh agensi kawal selia urusan nadir bumi negara

Oleh: Khairul Rizuan Azizan

PETALING JAYA: Kerajaan dicadang menubuhkan sebuah agensi bagi mengawal selia semua urusan berkaitan elemen nadir bumi (REE) negara.

Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata dengan penubuhan itu, kerajaan dapat menyelaraskan hasil penjualan nadir bumi selain mengelakkan konflik kepentingan antara kerajaan di negeri yang mempunyai sumber hasil bumi itu dengan kerajaan pusat.

“Kewujudan agensi, badan atau GLC ini adalah bagi mengawal harga dan menentukan hasil negara ini tidak hilang begitu sahaja. Dalam kata lain, kerajaan negeri boleh korek (gali nadir bumi) tetapi akhirnya ia harus dijual kepada kerajaan.

“Kita boleh mencontohi penubuhan Petronas, yang melaluinya kerajaan dapat mengawal selia penjualan produk petrolium walaupun sumbernya terletak di kawasan negeri-negeri berlainan di Malaysia,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Negara hari ini.

Mohd Hisamudin berkata berdasarkan kajian Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), unsur nadir bumi itu kebanyakan berada di Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Loading...
Terkini