comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan dalam peringkat kajian pinda Akta Pemegang Amanah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri peka terhadap keperluan mendesak untuk meminda Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dan Akta Pemegang Amanah 1949 bagi memastikan kedua-dua undang-undang terbabit selari dengan keperluan semasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pada 26 Februari dan 20 Jun lalu, satu kertas jemaah menteri dibentangkan bagi menambah baik akta berkaitan amanah.

“Muka baik-baik dengan janggut pak lebai songkok tinggi duitnya dia ambil, cakap untuk Palestin untuk Gaza, tiba-tiba beli kereta. Yang jadi masalah sebab dalam kita punya akta amanah, nama semua hebat orang tak sangka dia scammer tetapi bila dapat duit ana-enta 60% sini 40% situ”

Beliau berkata demikian di Dewan Negara di sini hari ini.

Tambahnya jemaah menteri juga telah bersetuju untuk mewujudkan penubuhan jawatankuasa khas bagi melaksanakan kewajaran cadangan penggubalan akta khairat dan penubuhan suruhanjaya khairat.

Katanya, kajian penggubalan akta khairat dan penubuhan suruhanjaya telah ditubuhkan pada 6 Mei lalu.

Menurutnya, model undang-undang amanah di United Kingdom, Singapura, New Zealand dan Australia juga dijadikan rujukan dan kajian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini