Tumpuan :
Nasional

Kerajaan cadang masukkan subjek literasi kewangan dalam modul PLKN.3.0

Oleh : Siti Khadijah Jaafar

PUNCAK ALAM: Kerajaan menyarankan supaya kursus literasi kewangan dimasukkan sebagai modul khas dalam Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan dilaksanakan semula.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi mengekang isu kebankapan dalam kalangan  generasi muda khususnya pelajar institut pengajian tinggi, IPT.

“Saya merasakan bahawa saranan daripada Menteri belia dan sukan dan I-LEAD untuk melakukan pendedahan terhadap literasi kewangan kepada generasi baharu adalah sangat penting. Saya ingin  menyarankan agar  kursus khas dan modul khas dalam PLKN 3.0 hendaklah memasukkan modul literasi kewangan ini bagi menghadapi cabaran yang mendatang di mana generasi baharu di negara kita dan di seluruh dunia terkekang dengan permasalahan pembelian atas talian, penawaran kad kredit, dan pembelian tanpa menggunakan kewangan secara hardcash”, kata beliau.

Sehubungan itu beberapa pendekatan mesti dilakukan agar kadar kebankrapan dan insolvensi dapat ditangani di peringkat awal.

“Jika ini tidak dibuat maka dikhuatiri sebelum masuk ke pasaran guna tenaga sekalipun maknanya sebagai work force di dalam alam pekerjaan mereka terlebih dahulu mempunyai daya keberhutangan yang tinggi dan ini sangat tidak sihat. Oleh yang demikian I-LEAD, PLKN malah saya yakin kursus-kursus yang dikendalikan oleh mana-mana institusi TVET sekalipun kini terdapat 1334 institusi TVET saya akan turut menekankan tentang soal literasi kewangan ini agar dimasukkan sebagai salah sebuah modul yang penting kerana apa yang kita lakukan KBS, I-LEAD dibawah Kementerian Pertahanan dan TVET di bawah 12 kementerian harus mempunyai ketersediaan kursus-kursus ini bagi melakukan mitigasi plan agar lepasan daripada kursus-kursus di IPTA dan IPTS dapat menyediakan daya tahan terhadap permasalaham yang dihadapi oleh generasi baharu ini”.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan konvensyen literasi kewangan belia kebangsaan 2023 di Universiti Teknologi Mara, UiTM Puncak Alam sebentar tadi.

Hadir sama pengerusi lembaga pengarah UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose dan  Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Konvensyen dianjurkan UiTM dengan kerjasama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan, i-LEAD, dibawah Kementerian Belia dan Sukan, KBS.

Sehingga Ogos 2023, Jabatan Insolvensi merekodkan seramai 9 orang di bawah umur 25 tahun bankrap manakala seramai 419 orang di antara umur 25 hingga 34 tahun bankrap, yang mana mereka ini tergolong dalam lingkungan umur belia yang rata-ratanya baru memulakan kehidupan dan kerjaya.

Pada tahun 2022, sebanyak 5,695 kes kebankrapan direkodkan di mana pinjaman peribadi merupakan punca terbesar yang menyumbang kepada 46.8% daripada punca kebankrapan lain seperti pinjaman perniagaan, pinjaman perumahan, sewa beli dan kad kredit.

Loading...
Terkini