Tumpuan :
Nasional

Kerajaan berhasrat iktiraf SKM setaraf ijazah, sarjana, PhD

Ahmad Zahid ketika beramah mesra bersama penuntut Malaysia China Institute (MCI) di premis Giat MARA Bagan Datuk, semalam – Foto NSTP

BAGAN DATUK: Kerajaan merancang mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 6, 7, dan 8 setaraf dengan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, dan doktor falsafah (PhD).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata cadangan itu telah dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu.

Menurut beliau, pengiktirafan itu bertujuan meningkatkan nilai akreditasi TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional), sekali gus membolehkan graduan TVET menikmati gaji premium yang lebih tinggi.

“Dulu, persepsi ibu bapa dan pelajar terhadap TVET agak rendah, namun kini ia berubah dengan peluang pekerjaan yang menawarkan pendapatan lebih lumayan,” katanya ketika merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs di Dewan Serbaguna Datuk Abdullah Ahmad, Hutan Melintang, di sini, semalam.

Ahmad Zahid menjelaskan, pengiktirafan tersebut perlu mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebelum dikuatkuasakan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini