
KUALA LUMPUR: Malaysia menerima sumbangan 25 tan buah kurma daripada Kerajaan Arab Saudi untuk dibahagikan kepada umat Islam di negara ini sempena bulan Ramadan.
Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Al-Sulaim berkata, sumbangan itu adalah sebahagian dari Program Iftar Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud Penjaga Dua Tanah Suci bagi 2025.
“Program tahunan ini adalah lanjutan dari kerja amal Penjaga Dua Tanah Suci pada bulan suci ini di mana baginda menyumbang untuk mengeratkan lagi hubungan sesama saudara Islam di seluruh dunia.” Katanya.
Sumbangan itu menurut Mesaad, bukan sekadar pemberian material tetapi merupakan satu mesej solidariti daripada Kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia.
Menurutnya lagi, Program Agihan Makanan Iftar tahunan Ramadan itu turut dilaksanakan di lebih 100 buah negara Islam.
Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, anggota Majma’ Fuqaha’ Shariah Amerika Syarikat, Dr Muhamad Razak Idris, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Datuk Dr Miszairi Sitiris, Timbalan Mufti Selangor.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.