Oleh: Hilmi Abdul Malik
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti semua gesaan untuk mewujudkan kembali sistem ‘Gantian Pekerja’ bagi membantu isu kekurangan pekerja asing di restoran.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan akan dilakukan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Imigresen.
“Saya akan adakan perbincangan dengan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Imigresen. Perkara ini adalah keputusan yang dilakukan untuk mengurangkan had dan peratusan jumlah pekerja asing di negara kita.
“Saya harap perkara ini diteliti semula kerana mereka benar-benar kekurangan pekerja dan pembantu di restoran mereka dan saya harap perkara ini dapat diselesaikan dalam waktu terdekat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri rakaman Podcast Utama, terbitan unit digital Buletin TV3, hari ini.
Presidennya, Datuk Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, langkah itu penting bagi memberi ruang kepada pengusaha restoran bagi menggantikan pekerja yang telah pulang ke negara asal.
Menurutnya, sistem berkenaan yang memudahkan proses pengambilan semula pekerja asing itu bagaimanapun telah dihentikan oleh kerajaan terdahulu.
PRESMA dalam masa sama juga menyifatkan jumlah pekerja asing membabitkan sektor mereka masih dalam keadaan terkawal selain memberi jaminan tiada berlaku lambakan pekerja asing di negara ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.