![](https://media.buletintv3.my/2025/02/DEbvDYn2-BULETIN-TV3-AD-55.jpg)
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) bagi memudahkan dan membantu pelaksanaan apa jua keputusan daripada badan atau kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan aman.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bermakna keperluan mendapatkan kelulusan tempat seperti disebut dalam beberapa seksyen dibawah Akta 736 akan dipinda dan diketepikan.
“Seksyen 11 Akta 736 (yang mensyaratkan penganjur perhimpunan) memperoleh persetujuan penghuni tempat perhimpunan yang menjadi pertikaian sekarang akan dikeluarkan dari peraturan.
“Seterusnya, yang diperlukan hanya pemberitahuan atau pemakluman kepada polis, lima hari sebelum itu, supaya polis dapat jaga (dan membuat) kawalan keselamatan serta lalu lintas,” katanya menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Berita lanjut menyusul
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.