comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan akan bawa semangat Karpal, perjuang keadilan dan hak untuk semua – PM

Oleh: Kumaran Rajamoney

GEORGE TOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan komitmen dalam memastikan kerajaan pimpinannya akan mempertahankan kedaultan undang-undang, keadilan dan hak asasi manusia.

Ia selaras perjuangan dibawa sahabat politiknya, mendiang Karpal Singh yang tegas dalam memastikan Malaysia matang sebagai sebuah sebuah demokrasi dan memperjuangkan hak setiap rakyatnya tanpa mengira latar belakang.

“Tentangan kita adalah terhadap mereka yang rasis serta pentaksub agama secara salah. Kita juga mahu komited memastikan kita mahu menghentikan budaya rasuah.

“Bila saya menjadi Perdana Menteri, sangkaan saya usaha itu akan menjadi mudah. Namun, kita sedar bahawa individu yang kita lawan itu mempunyai kuasa, sumber yang banyak serta pengaruh,” katanya.

Pimpinan Kerajaan Perpaduan tegasnya selari dalam agenda ini, yang diyakini akan turut diterima baik dan menggembirakan mendiang Karpal sekiranya beliau masih hidup.

“Namun, saya yakin dia (Karpal) akan menjadi individu yang paling lantang sekiranya ada sebarang kepincangan dalam usaha kita ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Memperingati Karpal di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri mendiang, Datin Seri Gurmit Kaur, pimpinan kerajaan dan politik, dan pengamal undang-undang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini